BEIJING – Kerajaan Hong Kong dijangka mengumukan perintah berkurung hujung minggu, demikian menurut sebuah tabloid milik Parti Komunis, Global Times.
Laporan yang memetik sumber itu disiarkan menerusi ciapan Twitter milik tabloid berkenaan hari ini.
Protes anti-kerajaan di Hong Kong semakin ganas kebelakangan ini.
Peserta demonstrasi berjaya melumpuhkan sebahagian daripada Hong Kong untuk empat hari berturut-turut hari ini menyebabkan sekolah ditutup selain menghalang jalan raya dan lingkaran pengangkutan memasuki hab kewangan terjejeas.
Para peserta demonstrasi membakar kenderaan dan bangunan, membaling bom petrol ke balai polis dan keretapi serta menconteng dinding-dinding gedung membeli-belah utama sejak beberapa minggu lalu.
Ratusan peserta demonstrasi menguasai jalan-jalan di pusat perniagaan utama yang juga menjadi lokasi hartanah paling mahal di dunia ketika waktu makan tengahari.
Kebanyakan mereka berpakaian pejabat dan memakai topeng muka sebelum berarak di epanjang jalan yang menghubungkan gedung-gedung membeli-belah mewah dan bangunan pencakar langit. – Agensi