Home Politik Kurang 48 jam, Jeck Seng ‘kejar masa’!

Kurang 48 jam, Jeck Seng ‘kejar masa’!

Reaksi ceria calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (dua kiri) sewaktu beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Program Warga Emas sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2019.

PONTIAN – Kurang 48 jam menjelang pembuangan undi, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng nekad menggunakan setiap detik yang tinggal untuk memperhebatkan kempen bagi merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, ketika ini beliau mahu berjumpa sebanyak mungkin pengundi untuk meminta sokongan daripada mereka.

“Kita kerja kuat, kita kejar masa…kita pergi (sejauh mana) tempat yang boleh untuk dekati pengundi. Itu sajalah kaedah kita ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai usaha terakhirnya menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Jeck Seng ditemui ketika menyantuni sejumlah warga emas di sini hari ini

Dalam perkembangan berkaitan, Jeck Seng mengakui sangat dekat dengan warga emas dan menyifatkan mereka adalah sebahagian daripada keluarganya.

” Saya dah sentiasa bersama mereka. Saya sentiasa buat program dengan mereka. Mereka adalah sebahagian dari keluarga saya,” katanya. – MalaysiaGazette.