Naib Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) membatalkan jemputan perasmian kongres Pemuda dan Wanita parti berkenaan adalah bertujuan untuk menutup mulutnya daripada menegur kepimpinan sedia ada.
Jelasnya, beliau telah menerima surat jemputan tersebut daripada Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan sudah pun membalasnya namun jemputan berkenaan dibatalkan secara tiba-tiba.