Home Ekonomi Harga minyak dunia susut

Harga minyak dunia susut

NEW YORK – Harga minyak dunia susut hampir 1.0 peratus pada hari ini, melanjutkan penurunan minggu lalu.

Penurunan itu dipacu oleh tindakan OPEC yang masih belum mengesahkan untuk melanjutkan pemotongan bekalan bahan bakar itu sehingga akhir tahun ini.

Rusia pula bersedia meningkatkan pengeluaran jika perjanjian itu tidak dilanjutkan.

Pengeluaran minyak Rusia melonjak pada kadar tertinggi dalam tempoh 30 tahun jika OPEC dan pengeluar bukan OPEC tidak melanjutkan pengurangkan bekalan selepas 30 Jun ini, kata pegawai Rusia.

“Kami berpendapat perjanjian itu kemungkinan besar dilanjutkan dengan konsensus OPEC semakin meningkat bagi menyokong dasar itu. Tetapi pasaran seolah-olah mengaitkan penurunan minggu lepas dengan ketiadaan pengesahan tersebut,” kata Tim Evans penganalisis Citi Futures.

Minggu lalu, harga minyak dunia merudum kira-kira 7.0 peratus disebabkan tanda-tanda peningkatan pengeluaran minyak syal, yang dilihat menjejaskan usaha OPEC dan pengeluar lain untuk mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun ini.

Sesi penutup niaga hadapan Brent ditutup rendah kepada AS$51.60 setong selepas mencecas paras tinggi AS$52.57 setong.

West Texas Intermediate pula jatuh kepada AS$49.23 setong selepas mencapai paras AS$50.22 setong. – MalaysiaGazette