Home Nasional Tiada keperluan keluar nasihat perjalanan ke Bolivia

Tiada keperluan keluar nasihat perjalanan ke Bolivia

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah.

KUANTAN – Wisma Putra sedang memantau perkembangan di Bolivia berikutan peningkatan kekerasan di antara pasukan keselamatan dan penyokong bekas presiden Evo Morales yang dibuang.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini tidak ada keperluan bagi Malaysia untuk mengeluarkan nasihat perjalanan.

Mengulas mengenai pelancong Malaysia terkandas di Bolivia, Saifuddin berkata, mana-mana rakyat negara ini yang berada di sana, mereka dinasihatkan menghubungi wakil-wakil konsulart.

“Pada kebiasannya kami akan cuba membantu jika pelancong terbabit mahu keluar tetapi buat masa sekarang kita mahu memastikan dia dalam keadaan selamat,” katanya yang mengulas seorang doktor pergigian, Muhammad Syameen Abd Raub yang terperangkap di La Paz, ibu negara Bolivia pada 9 November lalu.

Beliau sudah berhubung dengan pegawai Konsulat di Kedutaan Malaysia di Peru. – MalaysiaGazette