KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi dengan Institut Darul Ehsan (IDE)?, soal penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Ini kerana, dua kali IDE menyatakan Pakatan Harapan (PH) mendahului Barisan Nasional (BN) dengan 9% dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua kali juga PRK itu berakhir dengan keputusan BN yang muncul sebagai pemenang.
IDE menggunakan sampel 1,142 pengundi, kaji selidik IDE pada 31 Januari-1 Februari 2019 mengumumkan PH mengatasi BN dengan 9% bila PH mendapat 46% sokongan berbanding 37% sokongan untuk BN dalam PRK Semenyih.
Malangnya, pada akhirnya BN yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Semenyih dengan majoriti 1,914 undi.
Menggunakan sampel 1,200 pengundi, kaji selidik IDE pada 9-11 November 2019 pula mengumumkan PH mengatasi BN dengan 9%, apabila PH mendapat 53% sokongan berbanding 44% sokongan untuk BN dalam PRK Tanjung Piai.
Malangnya, BN juga yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Tanjung Piai bukan dengan majoriti biasa-biasa tetapi dengan majoriti yang terlalu besar, kata Kamarul.
“Agaknya apa yang tidak kena dengan kaji selidik IDE ya?,” soal beliau. – MalaysiaGazette
Ha haa…. Tak tahu Ke? IDE ni guna contrarian analysis. Kalau tidak tak dapat bayaran pulak dari kerajaan PH. Biar la sama-sama syok sendiri dibuai mimpi indah yang bertukar mimpi ngeri…. Buntang mata sekarang yer??