Home Dunia Presiden Serbia masuk hospital

Presiden Serbia masuk hospital

Presiden Serbia Aleksandar Vucic

BELGRADE – Presiden Serbia Aleksandar Vucic dimasukkan ke hospital pada Jumaat (15 November) akibat masalah jantung, lapor agensi berita Sputnik.

“Pejabat Presiden Serbia memaklumkan Presiden Aleksandar Vucic dimasukkan ke Akademi Perubatan Tentera pada petang 15 November kerana masalah jantung.”

Vucic, 49, menjadi presiden Serbia sejak tahun 2017.- BERNAMA