KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, (Amanah), Khalid Samad berkata, Barisan Nasional telah bekerja keras dan berjaya meyakinkan pengundi termasuk masyarakat Cina untuk menolak Pakatan Harapan sebagai tanda protes.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Wee Jeck Seng di atas kemenangan besar dalam PRK Tanjung Piai, Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut merujuk kerja keras BN itu berjaya meyakinkan masyarakat Melayu di Parlimen itu.
“Tahniah Datuk Wee atas kemenangan di Tanjung Piai. Kita jumpa di Parlimen,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
Dalam ciapannya itu, Khalid menyifatkan politik adalah persepsi dan Pakatan Harapan telah kalah dalam pertarungan tersebut.
Katanya, kemenangan itu hanya bersifat rakyat menegur kerajaan PH, dah tidak membawa sebarang implikasi kepada kerajaan negeri Johor dan Persekutuan.
Perkembangan terbaharu itu juga, menurut Khalid, tidak bermakna rakyat mahu BN memerintah semula.
“Tiada inginkan kerajaan perompak kembali. Tapi menegur PH,” katanya.
Syed Husin malam tadi dalam reaksi segeranya terhadap kemenangan BN berkata, rakyat kecewa dan mahu mengajar PH khususnya kepada Dr Mahathir.
“Beliau harus tahu apa yang patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi!,” katanya. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
Tu lah lain kali PAN jangan sombong.
Dalam ucapan menteri PAN tidak pernah lekang kutuk, fitnah dan hina PAS.
Allah buktikan betapa hinanya kamu, selepas keluar dari PAS