MANILA – Presiden Rodrigo Duterte mengancam untuk membakar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York kerana mengkritik tindakannya membasmi masalah dadah di Filipina.
Tindakan beliau menembak penjenayah dadah mendapat kritikan hebat daripada antarabangsa.
Sejak beliau mengambil alih jawatan pada Jun, kira-kira 2,000 orang telah dibunuh oleh polis, dan terdapat lebih daripada 3,500 pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan.
“Anda pergi membuat aduan di PBB. Saya akan membakar PBB ika anda mahu. Saya akan menghanguskannya dengan api jika saya pergi ke Amerika,” ancam Duterte ketika melawat pangkalan tentera di bandar selatan Zamboanga.
Beliau turut menggelar Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai “bodoh” selepas diplomat itu mencadangkan Duterte disiasat kerana membunuh.
“Anda berada di PBB, anda tidak tahu diplomasi. Anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak, sebagai seorang pekerja PBB. Anda jangan bercakap dengan saya seperti itu, anak anak haram,” kata Duterte.
Kecaman itu dibuat terhadap Zeid Ra’ad al-Hussein, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, meskipun beliau tidak menyebut nama.
Ini kerana al-Hussein dalam kenyataannya Khamis lalu mencadangkan pihak berkuasa di Filipina untuk memulakan siasatan selepas Duterte selepas mengaku menembak mati penjenayah semasa menjadi Datuk Bandar Davao City.
Dalam satu kenyataan, al-Hussein berkata: “Ia tidak terfikir mana-mana sistem kehakiman berfungsi untuk tidak melancarkan prosiding penyiasatan dan kehakiman apabila seseorang telah secara terbuka mengakui menjadi pembunuh.”
Duterte, yang sering menjadi berita utama antarabangsa kerana kelantangannya .
“Anda bodoh, anda tidak perlu beritahu saya apa yang perlu dilakukan. Pemahaman anda terhadap undang-undang antarabangsa sangat kurang.
“Kami adalah orang-orang yang menyumbang kepada PBB. Anda bodoh! Dan saya membayar gaji anda. Anda jangan buka mulut. Kami yang mengambil anda bekerja,” katanya.
Filipina adalah antara 141 negara daripada 193 keanggotaan PBB yang telah memberi sumbangan pada tahun 2016 dengan sepenuhnya.
Menurut Jawatankuasa Caruman Dewan Negara, yang menjaga pengiraan awam, Filipina membayar AS$4.11 juta sehingga Mac lalu. – MalaysiaGazette