FRANKFURT – Pesawat udara Air Namibia bertembung dengan kapal terbang Korea Air selepas mendarat di lapangan terbang ini.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Namun kedua-dua pesawat berkenaan rosak.
Seorang jurucakap lapangan terbang Frankfurt berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang waktu tempatan pada hari Sabtu.
Punca kemalangan masih disiasat.
“Sayap kiri sebuah pesawat Air Namibia bertembung dengan penstabil mendatar penerbangan Korea Air KE905 yang sedang menunggu taxiway selepas mendarat,” kata Korea Air dalam satu kenyataan.
Pesawat Korea Selatan membawa 241 penumpang dan 40 krew pada masa itu, katanya.
“Kami mengesahkan bahawa tiada penumpang dan anak kapal yang cedera,” kata Air Namibia dalam kenyataannya sendiri.
Susulan kejadian itu, penerbangan balik Korea Air ke Seoul tertangguh 21 jam.
Pertukaran kapal terbang dibuat pada Ahad petang.
Biro Persekutuan Penyiasat Kemalangan Udara Jerman telah membuka siasatan berhubung kes tersebut.
Kerosakan bagi kedua-dua pesawat itu sedang dinilai. – MalaysiaGazette