KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan terus ditolak pengundi Cina jika kerajaan masih gagal memberikan harapan kepada mereka.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata trend itu akan terus diperlihatkan sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.
“(Penolakan undi kaum Cina) Ia juga boleh menjadi trend Pilihan Raya Umum yang akan datang jika PH tidak memberi harapan kepada mereka.
“Mereka (PH) tidak melakukan apa-apa dan mereka tidak menghormati janji-janji itu, jadi saya fikir rakyat hanya menyatakan rasa mereka,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Nazri Aziz Ko pun dah buat pusingan U ka?…dasar muka tak tahu malu..apa sumbangan ko pada BN selepas PRU14..ko asyik nak bantai DSN saja..skrg bila rakyat dah mula sokong BN …baru ko naK muncul puji sana sini…jenis pemimpin macam ni lah yg BN kena buang dr parti..bila rasa ada harapan nak berjawatan dan berkuasa baru nak sokong parti…boleh blah ko NAZRI AZIZ.
Aku sokong 100% buang jaa kalau jadi talam dua muka dari dulu sikap dia macam tu. Tidak membantu pun dalam BN.