KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai merupakan isyarat untuk kerajaan membubarkan Parlimen.
Ujar beliau lagi, isyarat itu jelas menunjukkan penolakan masyarakat terhadap PH dan pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik kepada gabungan itu.
“Itu adalah merupakan pendirian semua ahli parlimen pembangkang walaubagaimanapun itu adalah keputusan yang harus dibuat oleh Perdana Menteri untuk tentukan keputusan.
“Bagi kami apa yang berlaku di Tanjung Piai ini adalah satu isyarat dan ia harus difahami dengan jelas.
Peliknya kata nak sokong mady.
Dulu ketika kes 1 mdb hangat dibicarakan dalam masyarakat Malaysia & luar negara.
Yg melibatkan maruah negara.
Ketika itu umno bn enggan utk segera adakan pru.
Skrg dalam banyak kes rasuah, khianat & penyelewengan dana kerajaaan, tanah & yayasan.
Kenapa nak minta kerajaan segera adakan pru.
Kos utk mengadakan pru bukan kecil.
Boleh bina sekolah, hospital & masjid utk rakyat.
Jadi apa alasannya.
Sbb yayasan akalbudi dah jadi akal curi ke?
Masalahnya dulu kite penah dengar kes jual harta negara secara berjemaah? Plg hebat pun 1mdb.. yg kerajaan sekarang ni.. tabung haji pun depa kacau… mas pun nak kene jual.. plus tol tngh pilih buyers.. yada.. yada.. yada… nampak x kepentingan bubar parlimen kat situ? #akaladasilagunadulu
Cekalkan hati2 kamu wahai pemimpin UMNO, muafakat nasional baru berputik, jangan bagi talian hayat kepada penghina bangsa dan agama. Jika Atok ada kewarasan – bubarkan Parlimen !!.
Mengapa mahu bagi talian hayat kepada PPBM, Cukuplah “political rendevous” yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat dinegera ini. Terus terang kami rakyat biasa yang tidak berparti begitu tinggi hajat di hati “muafakat Nasional” diperkasakan. UMNO seharus ada kesungguhan berjiwa rakyat. Kemelut dalam PH, seharusnya MP UMNO tidak mendekati parti2 dalam PH hatta “Jemin Initiative”. 18 bulan rakyat menghadapi kesukaran mencari nafkahdalam getir menghadapi kehidupan. Kini tekad rakyat kembali kepada BN jangan dipunahkan. Apa juga konsensus dikalangan UMNO yang memberi talian hayat kepada Atuk and the gang satu percaturan politik yang zalim terhadap rakyat. Cukuplah politiking, yang melampaui hanya kerana ingin kembali berkuasa secara jalan pintas. Memang “politic is a game of all possibilities”. Tetapi jiwa melayu dan Islam menjejaki garis tengah. Melayu dihina semau-maunya oleh Atok. sanggup berpeluk sakan dengan musuh sendiri demi kuasa. Keadaan negara yang bertambah tenat ekonominya jangan lagi keruhkan dengan tindakan melulu UMNO. Walaupun PAS menyatakan sokongan kepada Atok jika disisihkan, namun jika ada pilihan lain yang lebih utama haruslah digunakan. Percaturan Atok bukanlah sesuatu yang mudah dihadapi UMNO. Kami tahu ramai dalam UMNO yang terpalit dengan keburukan perangai dan kesalahan yang pelbagai. Sepatutnya kekalahan PRU 14 mengajar UMNO. Sepatutnya bersyukurlah bila majoriti bangsa Melayu kembali membela. Jangan ingat ribut dan mendung telah berlalu pergi, rakyat sudah tahu kuasa mereka. Yang perasuah tegar dalam kalangan orang besar UMNO sepatut sedar diri. Yang salah dan terbukti hadapi dengan berani sebagai bangsa yang bermaruah. Berpeganglah pada prinsip keberanian yang benar.
Kalau PH yang karam kapalnya, mengapa UMNO yang di ibarat bagai bangkai tak berguna mahu menyelamatkan Atok. Kalau Atok masih ada kesedaran yang tersisa – bubarkan Parlimen, In Sha Allah “Muafakat Nasional” akan lebih perkasa membela agama, bangsa dan negara.
BUBAR JER PKR DULU…ABENDE NAK DIREFORMASIKAN KAN ? Yang menuduh dan dituduh dah tidor sebantal…