Home Utama Azmin adakan pertemuan sulit dengan 30 Ahli Parlimen BN?

Azmin adakan pertemuan sulit dengan 30 Ahli Parlimen BN?

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya malam ini.

Menurut sumber, pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dan dikaitkan dengan kumpulan seorang pemimpin senior UMNO.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak memperincikan pertemuan itu diadakan namun ia didakwa ada kaitan dengan cubaan mengagalkan peralihan kuasa perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita itu dikuatkan lagi dengan laporan Raja Petra Kamarudin  yang mendakwa Mohamed Azmin mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN.

“Sekiranya Azmin mendapat sokongan daripada 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional, dan bergabung dengan kumpulan pro-Mahathir di Pakatan Harapan, apa-apa percubaan untuk mengguling Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar akan gagal,” katanya yang dipetik Malaysia Today malam ini.

Beberapa buah kereta yang dipercayai milik ahli parlimen BN memasuki kediaman Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya malam ini.

Menurut sumber, lebih 10 buah kenderaan berada di perkarangan kediaman rasmi Mohamed Azmin ketika ini dan seolah-olah ada pertemuan melibatkan ramai pihak namun ia tidak dapat disahkan lagi.

Difahamkan, pertemuan itu juga bagi membincangkan kesan kemenangan besar BN di PRK Parlimen Tanjung Piai yang  memberi kesan kepada PH yang dipimpin Mahathir tetapi dalam masa sama memberi kelebihan kepada Anwar daripada sudut politik.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tak yah la dengan Bersatu. Kako nk sangat Bersatu masuk MUAFAKAT Nasional. Apa yg umno dok terhegeh2 tu. Hari tu katanya ada 30 Mp Pkr nk masuk Bersatu…

  2. Umno mcm tak ada pendirian, maksudnya ada yg gila kuasa dan termakan pujukan azmin yg merupakan duri dalam daging partinya sendiri, PKR. Dan Bersatu hanya mahu kuasa walaupun sekadar sepenggal.
    Siapakah sebenarnya pengkhianat yg memecah-belahkan bangsa?

    • Inilah politik dalam kepompong nya.
      Tun kata dia akan serah kan jawatan pada anwar seperti yg dijanjikan….
      Bilaa?

      Anwar pula takut ambil tindakan yg lebih keras kepada azmin & kumpulannya.
      Kenapa?

      Azmin pula bawa yb bn utk bincang dirumah nya…
      Soal apa?

      Ini lah masalah nya ahli politik Malaysia.
      Lebih mementingkan diri sendiri dari pengundi.

      Yg nampak prihatin adalah YB baru Tanjung Piai.
      Bersedia menaja warga emas kawasan nya utk melaksanakan umrah.

      Cumaa Bila ??
      Ada 11000 lebih senarai warga emas tu.

      Bukankah ini sandiwara.

  3. Mengapa mahu bagi talian hayat kepada PPBM, Cukuplah “political rendevous” yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat dinegera ini. Terus terang kami rakyat biasa yang tidak berparti begitu tinggi hajat di hati “muafakat Nasional” diperkasakan. UMNO seharus ada kesungguhan berjiwa rakyat. Kemelut dalam PH, seharusnya MP UMNO tidak mendekati parti2 dalam PH hatta “Jemin Initiative”. 18 bulan rakyat menghadapi kesukaran mencari nafkahdalam getir menghadapi kehidupan. Kini tekad rakyat kembali kepada BN jangan dipunahkan. Apa juga konsensus dikalangan UMNO yang memberi talian hayat kepada Atuk and the gang satu percaturan politik yang zalim terhadap rakyat. Cukuplah politiking, yang melampaui hanya kerana ingin kembali berkuasa secara jalan pintas. Memang “politic is a game of all possibilities”. Tetapi jiwa melayu dan Islam menjejaki garis tengah. Melayu dihina semau-maunya oleh Atok. sanggup berpeluk sakan dengan musuh sendiri demi kuasa. Keadaan negara yang bertambah tenat ekonominya jangan lagi keruhkan dengan tindakan melulu UMNO. Walaupun PAS menyatakan sokongan kepada Atok jika disisihkan, namun jika ada pilihan lain yang lebih utama haruslah digunakan. Percaturan Atok bukanlah sesuatu yang mudah dihadapi UMNO. Kami tahu ramai dalam UMNO yang terpalit dengan keburukan perangai dan kesalahan yang pelbagai. Sepatutnya kekalahan PRU 14 mengajar UMNO. Sepatutnya bersyukurlah bila majoriti bangsa Melayu kembali membela. Jangan ingat ribut dan mendung telah berlalu pergi, rakyat sudah tahu kuasa mereka. Yang perasuah tegar dalam kalangan orang besar UMNO sepatut sedar diri. Yang salah dan terbukti hadapi dengan berani sebagai bangsa yang bermaruah. Berpeganglah pada prinsip keberanian yang benar.
    Kalau PH yang karam kapalnya, mengapa UMNO yang di ibarat bagai bangkai tak berguna mahu menyelamatkan Atok. Kalau Atok masih ada kesedaran yang tersisa – bubarkan Parlimen, In Sha Allah “Muafakat Nasional” akan lebih perkasa membela agama, bangsa dan negara.

Comments are closed.