Home Politik Bertemu dengan Azmin: Lembaga Disiplin UMNO akan siasat

Bertemu dengan Azmin: Lembaga Disiplin UMNO akan siasat

Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin UMNO hanya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pemimpinnya didakwa terlibat atau bersengkokol dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas menerima aduan rasmi.

Pengerusinya, Tan Sri Apandi Ali berkata, selepas aduan rasmi diterima, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur dan membuat keputusan sewajarnya.

“Lembaga Disiplin UMNO difahamkan akan menerima beberapa aduan berhubung pertemuan beberapa Ahli Parlimen UMNO di rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Putrajaya, malam tadi.

“Setelah menerima aduan rasmi daripada sesiapa jua, Lembaga Disiplin akan segera mengambil tindakan dengan menyiasat perkara itu mengikut prosedur sedia ada dan membuat keputusan sewajarnya.

“Perlu ditegaskan Lembaga Disiplin parti diberi amanah dan tanggungjawab oleh parti dengan kuasa-kuasa tertentu di bawah Perlembagaan UMNO.

“Kami akan menjalankan tanggungjawab secara tegas, jujur dan saksama tanpa gentar atau pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas perjumpaan sulit beberapa ahli Parlimen UMNO di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya, kira-kira sejak jam 9 malam semalam.

Antara pemimpin UMNO yang kelihatan keluar dari kediaman Mohamed Azmin malam semalam ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib.

Turut kelihatan bekas Timbalan Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Md Dun yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pertemuan itu didakwa diketuai oleh Hishammuddin selaku Ahli Parlimen Sembrong dan bekas Naib Presiden UMNO. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mendisiplin kan parti yg dah nak karam.
    Dari pengerusi yg tak dapat menegakkan disiplin uu dalam bnyk kes rasuah & penyelewengan pemimpin umno.

    Dunia dah semakin uzur.

  2. والسلام،Ya!,sebgai warga M’sia kita amat bersetuju bhwa Tan sri Afandy Ali mengmbil tindakkn tatatertib displin parti,kita tak mahu klu ada unsur sabotaj,konspirasi yg boleh menjejaskan keharmonian maruah umno sendri di mata dunia dgn pelbgai isu2 kontraversi,amat memalukan warga M’sia di mata dunia,udah la kes&isu dgn S’rwak report hingga kini masih di dedahkn kpd dunia,umno jika benar kenapa mendiam diri?tiada sebarang tindakkn?di hrpkn PAS,apo sudah jadi?amat memalukn warga M’sia amnya,ke mana shj rakyat M’sia pergi akan di tnya are you Mlysition nasinality?,you umno and 1MDB?,hal tersebut takkan hendak di sepikan begitu shj,jadi ahli2(pemimpin2 umno)ini kena di beri kursus sivik sikit la kut agar klu nak jadi umno biar kaw2 umno,jangn hati tamak,rakus kuasa hasil dri kemenangn parti lain(jdi perompak)takhta krjaan dgn cara tidak berlunaskan undang2,malu la…والسلام…

Comments are closed.