Home Nasional Tun M sihat, hadir penutup Multaqa Ulama

Tun M sihat, hadir penutup Multaqa Ulama

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof pada Majlis Penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2019

SEPANG – Selepas mengalami pendarahan di hidung semasa sidang akhbar pagi tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sihat ketika memasuki Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu hari ini hadir bagi majlis penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019.

Mahathir dilihat memasuki pusat konvensyen itu diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Beliau turut dilihat berdiri tegak ketika dendangan lagu Negaraku dan Malaysia Bersih di majlis tersebut.

Petang tadi Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkongsi gambar swafotonya tersenyum bersama Dr Mahathir di Putrajaya.

Setiausaha agung DAP itu memaklumkan Mahathir meminta agar semua pihak tidak bimbang dengan kesihatannya dan mahu terus bekerja.

“Berjumpa dengan Dr Mahathir tadi untuk berbincang beberapa isu semasa negara.

“Tun sebut beliau sihat dan mahu terus bekerja di pejabatnya. Tun cakap jangan bimbang, tekanan darah bagus 120/70,” kata Guan Eng di Twitter beliau.

Ketika sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bersama Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini kemudiannya mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu tidak mengalami masalah kesihatan serius.

PMO juga menafikan laporan berita yang mendakwa bahawa Dr Mahathir telah bergegas ke hospital. -MalaysiaGazette