Home Dunia Duterte haramkan penggunaan vape

Duterte haramkan penggunaan vape

Gambar hiasan

MANILA – Presiden Filipina Rodrigo Duterte akan menghentikan pengimportan produk rokok elektronik ke negara ini dan melarang penggunaannya di tempat awam.

“Saya akan larangan, penggunaan dan pengimportan.

“Saya kini mengarahkan agensi penguatkuasa undang-undang untuk menangkap sesiapa yang menggunakan rokok ini di khalayak ramai. E-rokok mengandungi nikotin dan bahan kimia lain yang kita tidak tahu,” katanya.

Larangan itu dikuatkuasakan selepas Jabatan Kesihatan mengatakan seorang remaja di Filipina meninggal dunia selepas menggunakan rokok elektronik itu selama 6 bulan dan didiagnosis dengan kecederaan paru-paru.

Kes itu mungkin yang pertama di Asia tetapi telah mengorbankan hampir 40 orang di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette