Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah dipersetujui oleh Pakatan Harapan bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghalang sesiapa yang berminat untuk menjadi perdana menteri.
Namun, kata Presiden PKR itu, perkara itu perlu dilakukan mengikut cara yang betul bukan menerusi pakatan dengan mana-mana kelompok mahupun dengan mengadakan mesyuarat sulit dengan pihak tertentu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sebarang cubaan yang dibuat menerusi saluran tidak betul akhirnya akan mengalih tumpuan dan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan.