Serpihan pesawat milik Pertahanan Rusia Tu-154 yang terhempas dengan 92 penumpang berjaya ditemui di Laut Hitam oleh pasukan penyelamat Rusia.
Kementerian Pertahanan negara itu telah mengesahkan penemuan serpihan pesawat itu yang terhempas di Laut Hitam itu.
Pesawat itu hilang dari radar bersama 92 penumpang 20 minit sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Adler di Resort Sochi pada 05:20 (02:20 GMT) pada Ahad.
Pasukan penyelamat telah menemui serpihan pesawat yang dalam penerbangan ke Pengkalan Tentera Rusia berpusat di Latakia Syria.
Ia membawa 84 penumpang termasuk kakitangan perkhidmatan, ahli-ahli Koir Alexandrov yang terkenal dan sekumpulan wartawan, tetapi laporan awal mengatakan 91 berada dalam pesawat itu.
Sembilan wartawan termasuk krew TV Saluran 1 Rusia antara penumpang malang itu.
Kumpulan koir dipercayai dalam perjalanan ke pengkalan tentera Rusia untuk membuat persembahan bersempena perayaan Krismas.
Kementerian Pertahanan berkata, serpihan kapal ditemui pad jarak sekitar 1.5 kilometer dari pantai pada kedalaman 50 ke 70 meter.
Pasukan penyelamat juga telah menemui mayat seorang penumpang dan dokumen peribadi milik salah seorang penumpang pesawat, belum ada sebarang berita mangsa terselamat.
Terdahulu, dilaporkan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu secara peribadi menyelaras usaha mencari dan menyelamatkan mangsa pesawat dan Presidennya dimaklumkan laporan rasmi berhubung tragedi nahas itu.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata masih awal untuk bercakap mengenai punca nahas.
Adalah menjadi rutin untuk Kementerian Pertahanan Rusia menerbangkan kumpulan koir ke Syria untuk mengadakan konsert untuk kakitangan tentera.
Kem pengkalan itu terletak di Hmeymim, di Wilayah Latakia dan Rusia melancarkan srangan udara di Syria dari kem tersebut.
Pada tahun 2007, pesawat model sama iaitu Tu-154 terhempas mengakibatkan 170 penumpang terbunuh dan siasatan dilancarkan terhadap Keselamatan Penerbangan Awam Rusia.
Pada tahun 2010 pula dua orang terbunuh apabila satu lagi pesawat jenis itu terhempas di Moscow.
Awal Disember ini satu lagi pesawat milik tentera Rusia terhempas di Siberia dengan 39 orang semasa melakukan pendaratan cemas berhampiran kem tentera Soviet, tetapi semua penumpang terselamat. – Agensi