LONDON – Jose Mourinho perlu menjual pemain pada jendela perpindahan Januari ini sekiranya mahu menambah pemain dalam skuad.
Itu pesanan penting pemilik Tottenham Hotspurs, Daniel Levy kepada pengurus baharunya itu yang menggantikan Mauricio Pochettino Selasa lalu.
Setakat ini tidak ada pengurus yang pernah membelanjakan melebihi Mourinho dalam sejarah bola sepak.
Di Manchester United Mourinho membelanjakan 300 juta pound dalam lima jendela perpindahan lalu.
Mourinho dilantik dengan gaji tahunan 13 juta pound di utara London iaitu lebih 8 juta pound daripada Pocettino.
Mourinho menggantikan Pocettino untuk menyelamatkan kelab itu supaya menamatkan saingan dalam empat teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris musim ini.
Laporan the Guardian melaporkan bahawa Jose tidak akan disediakan dana untuk menguatkan pasukan.
Spurs ketika ini dikatakan tidak mempunyai dana untuk merekrut pemain baharu.
Kos pembangunan stadium baharu kelab itu yang mencecah 1bilion pound mengakibatkan kelab perlu menjual pemain untuk membawa masuk pemain baharu.
Mourinho dikatakan menyedari situasi itu sebelum bersetuju dengan jawatan itu dan bersedia bekerjasama dengan pasukan sebelum diberi dana untuk musim hadapan.-MalaysiaGazette