KUALA LUMPUR – Di sebalik riuh-rendah memperkatakan tentang baju pelik Neelofa pada Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 tetap ada yang menarik untuk diperkatakan iaitu pakaian yang digayakan oleh para selebriti pada majlis itu.
Fesyen artis di karpet merah pada acara yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam itu barangkali lebih menyerlah daripada apa yang berlangsung di pentas yang lebih kepada isu anugerah syok sendiri semata-mata.
AME2107 itu sendiri yang berlangsung tanpa satu fokus atau tema yang relevan dengan agenda muzik hari ini, pakaian yang digayakan oleh selebriti itu juga sedemikian.
Tetapi itu tidak bermakna selebriti yang hadir mengambil sikap sambil lewa apabila tiba masa untuk bergaya ke majlis rasmi seperti itu.
Apa yang menarik adalah keinginan artis itu untuk menggayakan yang terbaik untuk anugerah yang dianggap antara paling meriah dalam industri muzik tanah air.
Ketepikan keinginan mereka yang memilih untuk menjadi anti karpet merah apabila memilih sekadar untuk mengenakan kemeja t atau seluar jean itu kerana masih ada yang tahu menghormati majlis sebaiknya.
Sememangnya artis kita sudah pandai dan bijak bergaya.
Mereka juga tahu tentang fesyen termasuk apa yang paling hangat pada masa ini.
Apa yang lebih menarik adalah kebanyakan daripada mereka memilih untuk bergaya dengan pakaian buatan Malaysia.
Kebanyakannya meletakkan kepercayaan kepada pereka tempatan untuk mencipta gaya paling menarik ke majlis itu.
Apa pun, jom kita lihat lensa kamera jurugambar MalaysiaGazette yang sempat merakam momen-momen menarik pada AME2017. – MalaysiaGazette
Pelakon, Elfira Loy bergambar pada Anugerah Meletop Era 2017 di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 APRIL 2017.