JAKARTA – Menteri Perusahaan Negara Indonesia, Erick Thohir mengesahkan bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok telah dilantik sebagai presiden baharu Pertamina – syarikat minyak Indonesia.
“Insya Allah, (Presiden Joko Widodo) akan memutuskan Basuki menjadi Presiden Pertamina yang baru,” katanya.
Jokowi dan Ahok didakwa mempunyai hubungan rapat sejak kedua-duanya berkhidmat sebagai Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta.
Erick menawarkan jawatan itu kepada Ahok walaupun pastinya akan menimbulkan kontroversi.
Ahok pernah dipenjarakan hampir dua tahun selepas dia didapati bersalah menghina al-Quran.
Kes itu memainkan peranan penting dalam kekalahan Ahok dalam pemilihan Gabenor Jakarta pada tahun 2017.
Erick yakin bahawa Ahok akan menjadi individu yang tepat untuk memperbaiki prestasi firma minyak negara itu walaupun menerima bantahan daripada kesatuan buruh Pertamina.
“Pastinya ada pro dan kontra tetapi beri kami semua peluang untuk bekerja sebelum membuat sebarang penghakiman,” ujarnya. – MalaysiaGazette