Home Ekonomi Petronas tidak labur dalam IPO Aramco

Petronas tidak labur dalam IPO Aramco

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan syarikat minyak itu tidak menyertai Tawaran Awam Permulaan (IPO) Aramco.

“Selepas mengambil semua pertimbangan, Petronas mahu mengesahkan syarikat ini memutuskan untuk tidak terlibat dalam Tawaran Awam Permulaan Aramco,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.

Setakat ini Aramco belum menamakan mana-mana pelabur asing dalam penjualan saham syarikat minyaknya.

Jangkaan bahawa pelanggan dan sekutunya di seluruh dunia akan mengambil kepentingan dalam syarikat itu setakat ini tidak berlaku, dengan penyenaraian seperti itu akan bergantung pada pelabur runcit dan institusi tempatan.

Aramco, yang memulakan proses penjualan saham pada 3 November lalu selepas beberapa kali tertangguh, enggan mengulas kepada Reuters mengenai kekurangan mana-mana pelabur utama yang dinamakan dalam penyenaraian setakat ini.

Minggu lalu, pengeluar minyak terbesar Rusia, Lukoil berkata, ia tidak melabur dalam IPO Aramco yang merupakan sebuah syarikat paling bernilai di dunia.

Aramco adalah syarikat kerjasama dengan Petronas di selatan Malaysia dijangka memulakan operasi komersial pada tahun ini.

Sebelum ini, Petronas berkata, syarikat minyak itu pernah ditawarkan untuk melabur dalam IPO Aramco.

Aramco adalah pembekal utama minyak kepada China, Jepun dan Korea Selatan.

Sehingga kini, rancangan IPO entiti itu belum jelas.

Sebuah kilang penapis Jepun pada awal bulan ini juga berkata, syarikat itu tidak melabur dalam Aramco kerana sukar untuk membuat penilaian sebenar Aramco.

Menurut Reuters, melalui penawaran 1.5% peratus saham, Aramco dijangka meraih sehingga RM1.66 trilion mengatasi rekod AS$25 bilion (RM1.03 trilion) sebelum ini ketika penyenaraian Alibaba pada 2014. – MalaysiaGazette