Home Nasional DBKL baiki tanah mendap Jalan Maharajalela

DBKL baiki tanah mendap Jalan Maharajalela

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam selepas kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam sebuah lubang akibat  mendapan awal malam tadii – kerja-kerja membaikpulih kini telah dilakukan di Jalan Maharajalela di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkongsi video ringkas  menunjukkan kerja-kerja membaiki jalan berkenaan pukul 7.32 pagi tadi.

Video berdurasi 38 saat itu menunjukkan lebih sekumpulan pekerja kontrak dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup dan meratakan jalan di bawah Stesen Monorail Jalan Maharajalela itu menghala Jalan Loke Yew itu.

Laluan lorong pertama itu ditutup kepada kenderaan dan diselenggara menggunakan sebuah kren jentolak tanah.

Sebuah kereta Myvi yang dipandu seorang wanita tererosok ke dalam sebuah lubang akibat tanah mendap.

Manakala lorong paling kiri telah dibuka untuk laluan kenderaan sementara kerja-kerja menampal dan meratakan jalan dengan tar dilaksanakan.

Dalam kejadian pada pukul 11.35 malam tadi menyebabkan pembentukan sebuah lubang seluas tiga meter persegi.

Menurut Zulkefly, mendapan itu megakibatkan sebuah kereta Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 42 tahun terperosok ke dalam lubang tersebut.

“Pemandu tidak alami kecederaan,” katanya dan siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah mendap, kereta terjunam dalam lubang