KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) MABA memohon maaf di atas kesilapan bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku.
Video tersebut tular melalui media sosial.
MABA berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya disebabkan silapan tersebut.
“Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA.
Ada beberapa netizen yang menyertai majlis perasmian kejohanan itu terkejut dengan penampilan pelik bendera Malaysia dengan lima bintang.
Mereka menyifatkan, lima bintang yang tertera pada bendera itu seperti bendera komunis.
Sedangkan, Jalur Gemilang sepatutnya mempunyai bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Mohd Fariz Abdul Hadi berkata, zaman Pakatan Harapan ini banyak benda pelik berlaku.
Tetapi kejadian lima bintang pada bendera Malaysia ini sudah melampau.
“Bagaimana penganjur boleh terlepas pandang bendera Malaysia yang mana bintangnya hanya mempunyai lima penjuru.
“Penganjur ini bukan warga negara ke?
“Apa maksudnya? Adakah ada sebab-sebab tertentu yang disengajakan. Moga pihak berwajib mengambil tindakan segera,” katanya.
Sementara itu, Westports Holdings Berhad (Westport) sedang menunggu penjelasan daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan lima bintang.
Pengarah Urusan Westport, Datuk Ruben Gnanalingam berkata, syarikat itu menyedari mengenai kesilapan tersebut.
Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini. – MalaysiaGazette
Ini isu kesetiaan kpd negara. Pihak terlibat menunjukkan penentangan kepada negara dan YDPA. Ini adalah pengkhianatan . Mereka perlu ditangjap di bawag SOSMA.
Sebab mudah je kat malaysia satiap kesalah hanya perlu minta maaf… KBS ……badan sukan ni patut di tarik blek je segala peruntukan yg di beri duit rakyat bkan untuk menhina negara.
Buat apa pun asalkan sokong parti PH. Jika orang komplin lazimnya puak2 dari lima bintang ini minta maaf. Dah biasa dengan kerajaan PH ini. Kerajaan pun meminta derma. Jadi puak2 lima bintang ini bila buat salah minta maaf . Yang selalu buat kerja macam ini siapa kalau bukan puak2 ini. Pasang bendera terbalik siapa yang buat. Kena tanya menteri belia dan sukan Malaysia baru.
Org melayu ni Baca je Dan Sabar sabar sabar masih duduk Di negara sendiri kan konon tana tumpahnya daraku…wahai org melayu korang sedar tak langit tu tinggi?itu langit Bukan negara kau ingat dalam kau selaluh ckp sabar sabar tak Ada udang Di sebalik mee…kesihan mengaku malaysia tana tumpahnya daraku tetapi itu cuma Di mulut Orang melayu je..ada mata tak nak Nampak ada telingah tak nak dengar malas LA aku nak cakap banyak harap Orang melayu guna mata Dan telingah..ni last nak pesan sedar LA wahai melayu bahawa ada udang Di sebalik mee yang mahu jadikan melayu pendatang Di negara malaysia yang konon tumpahnya daramu itu.. Saya pon melayu juga Tapi Saya Ada telingah dengar Dan Ada mata Nampak harap melayu sedar la
Apakah ini salah satu cara mereka meraikan kepulangan abu mayat China peng ? Andai benar abu mayat China peng dah di bawa pulang ke Malaysia seperti yg diwar wat.
Ini cina MCA yang disokong orang melayu dari parti umnopas adalah rakan dia dari MCA
Cetek benor cara KO berfikir.
Itu bodoh tahun 2018 dia bawak ke akhir tahun 2019. Khahaha.
Apakah ini salah satu cara mereka meraikan kepulangan abu mayat China peng ? Andai benar abu mayat China peng dah di bawa pulang ke Malaysia seperti yg diwar wat.