Home Seni Hidup Remy pelakon hebat tapi Mira mahu berlakon dengan hero lain

Remy pelakon hebat tapi Mira mahu berlakon dengan hero lain

Mira Filzah.

KUALA LUMPUR – Meskipun gandingan lakonannya dengan Remy Ishak dilihat begitu serasi dan mengundang respons positif peminat.

Namun Mira Filzah tidak mahu hanya berlakon dengan satu hero sahaja meskipun mengakui Remy merupakan pelakon hebat.

“Saya tidak pernah cakap tidak mahu lagi bekerjasama dengan Remy, malah saya tidak nafikan, dia merupakan antara pelakon lelaki yang hebat.

“Tetapi, pengaruh kedua-dua drama itu sangat kuat menyebabkan peminat sukar menerima saya bergandingan dengan pelakon lain. Ia tentu membimbangkan, terutama apabila melihat peminat saya berpecah.

“Ada pasukan Ben Amir, ada pula pasukan Remy dan terbaru, Ungku Ismail pula terheret sama. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” katanya.

Tambah Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, impak gandingannya dengan Remy dalam drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan yang cukup hebat membuatkan peminat sukar menerima apabila dia beraksi bersama hero lain.

Gosip percintaan dengan hero yang pernah berlakon dengannya menurut Mira lagi sering dicetuskan oleh peminat yang terkesan melihat hasil lakonan drama bersiri bukan sahaja dengan Remy, malah juga sebelum ini dengan Ben Amir.

“Segala gosip mengaitkan saya dengan pelakon lelaki gandingan berpunca daripada peminat.

“Sebahagian mereka begitu mendesak dan ingin melihat apa yang berlaku dalam drama menjadi realiti,” katanya lagi. -MalaysiaGazette