KUALA LUMPUR – Tiada sebarang siasatan dalam diarahkan atau dilakukan Kementerian Pertanian berhubung dakwaan bahawa Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian mensabotaj menterinya dalam isu Pertubuhan Peladang Kebangsaan melibatkan pembiayaan rundingan terus.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang siasatan dalaman dan beliau tidak pernah mengarahkan atau pun menerima apa apa arahan berkaitan dalam isu tersebut.
“Tidak ada siasatan dalaman dilakukan.Saya tidak pernah mengarahkan atau pun menerima apa apa arahan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pagi tadi.