MADRID – Polis Sepanyol menaikkan sebuah kapal selam yang dipintas dengan kargo yang disyaki mempunyai kira-kira 3,500 kilogram kokain.
Susulan itu, dua orang warga Ecuador ditahan tetapi seorang lagi berjaya melarikan diri dari kapal di perairan di wilayah barat laut Galicia, kata sumber itu.
Penyiasat percaya anak-anak kapal itu cuba menenggelamkan kapal selam dengan dadah berada di dalamnya.
Polis menaikkan kapal selam itu dengan menggunakan penyelam dan belon.
Ia kemudian diangkut ke pelabuhan di Cangas, di wilayah Pontevedra.
Selepas dadah itu dikeluarkan dari kapal selam, penyiasat dapat menentukan komposisi dan berat dadah tersebut. – MalaysiaGazette