KUALA LUMPUR – Seorang pramugari patah tangan apabila ketika membantu penumpang mengangkat bagasi baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku apabila bagasi berkenaan terjatuh lalu menimpa pramugari berkenaan.
Kisah malang anak kapal itu dikongsi oleh rakan mangsa yang juga seorang pramugari, melalui Twitter Okedkama.
Berdasarkan pakaian kru itu, beliau dipercayai kakitangan AirAsia.
Sebelum ini, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) pernah membuat kenyataan bahawa bukan tugas seorang anak kapal untuk mengangkat beg atau bagasi penumpang, sebaliknya mereka cuma boleh membantu jika perlu sahaja.
Arahan dan pemberitahuan mengenai perkara itu telah disebut secara terang-terangan di dalam majalah pesawat yang diletakkan di tempat duduk penumpang.
Kandungan dalam majalah itu menyebut anak-anak kapal hanya boleh membantu penumpang tetapi ia bukan polisi melibatkan mereka mengangkat bagasi penumpang.
Anak-anak kapal, bagaimanapun, membantu penumpang yang menaiki pesawat dengan bayi, penumpang muda yang menaiki pesawat berseorangan, warga emas dan penumpang kurang upaya. – MalaysiaGazette