Home Akhbar Cina Bawa masuk abu Chin Peng: Bersedia jika siasatan dilakukan

Bawa masuk abu Chin Peng: Bersedia jika siasatan dilakukan

Kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng.

IPOH – Kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng akan memberi keterangan secara jujur tanpa berahsia jika pihak polis mahu melakukan siasatan.

Jurucakap kumpulan itu, Chan Kan Fook berkata, dirinya juga bersedia untuk berdepan apa jua keadaan yang mungkin timbul jika Kementerian Dalam Negeri mahu mengambil tindakan.

“Kalau polis berkunjung, maka saya akan memberitahu seluruh proses dan keadaan.

” Hakikatnya, semua berada dalam keadaan terbuka dan bukannya secara tersembunyi,” katanya kepada Sinchew Daily.

Katanya lagi, rakan-rakan dan saudara-mara Chin Peng telah menjangkakan bahawa pihak berkuasa akan mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka semasa majlis kenangan diadakan untuk bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu pada 16 September lalu.

BACA: Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, ditabur di Lumut

Mengenai satu isu berkaitan, Kan Fook berkata, beliau tidak tahu sama ada majlis ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang menamatkan ancaman Parti Komunis Malaya akan diadakan mengikut jadual pada 1 Disember.

Jelas Kan Fook, dirinya bukan ahli jawatankuasa penganjuran majlis itu dan tidak tahu hal terperinci mengenainya.

Abu mayat Chin Peng dilaporkan dibawa balik dari Thailand ke Malaysia dan ditaburkan di hutan dan laut. Pejuang Parti Komunis Malaya itu meninggal dunia di Bangkok enam tahun lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.