Home Nasional Tun M berhak pilih menteri yang layak bantu urus negara

Tun M berhak pilih menteri yang layak bantu urus negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak memilih menteri yang layak menggalas tanggungjawab mentadbir negara bersama-samanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, beliau terbuka dan menyerahkan tanggungjawab merombak kabinet kepada Perdana Menteri yang mempunyai kuasa melakukannya.

“Ia kuasa mutlak Perdana Menteri untuk lantik sesiapa pun yang dirasakan layak menjadi menteri, untuk bersama-samanya mentadbir negara.

“Jadi ini kita sedar dan tahu penentuannya kita serahkan kepada PM dalam pada itu kita tahu bahawa ini merupakan satu pemerintahan yang ada perkongsian, ada kerjasama, bukan hanya di peringkat Semenanjung bahkan juga Sabah dan Sarawak.

“Kerjasama di antara parti juga seperti PKR, DAP dari Sarawak pun ada,” katanya ketika sidang media bersama-sama Ahli Parlimen Warisan di lobi Parlimen.

Barisan Kabinet, tambah Shafie, memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan dan kemajuan negara dapat ditingkatkan.

“Tetapi yang kita nak lihat bagaimana peranan setiap jemaah menteri untuk memastikan supaya perkembangan, kemajuan negara kita dipertingkatkan,” ujarnya.

Terdahulu Shafie mengadakan sidang media tentang keputusan mahkamah Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak dengan kos, rayuan Tan Sri Musa Aman terhadap samannya dalam mencabar pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Saya ucap terima kasih kerana kita sedar bahawa ini merupakan satu perkara yang tidak kurang pentingnya seperti saya nyatakan dalam perundangan yang ada keadilan,” tambah beliau. -MalaysiaGazette