Home Politik Akhirnya Prabakaran ‘bersuara’ jawab balik Tian Chua

Akhirnya Prabakaran ‘bersuara’ jawab balik Tian Chua

P.Prabakaran
P. Prabakaran

KUALA LUMPUR – Kenyataan terbuka bekas Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR, Tian Chua Chang yang seolah-olah memperkecilkan P Prabakaran sebagai wakil rakyat kawasan itu amat mengejutkan.

Malah apa yang lebih memeranjatkan apabila Prabakaran yang juga Ahli Parlimen termuda negara yang selama ini lebih banyak mendiamkan diri akhirnya bersuara menjawab kenyataan Tian Chua.

Seperti yang dilaporkan portal The Malaysia Insights (TMI), Tian Chua jauh lebih sesuai menjadi wakil rakyat di kawasan Batu kerana berpengalaman selama dua penggal selain mempunyai hubungan rapat dengan penduduk kawaan itu.

Walaupun menyerahkan kepada parti untuk meletakan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 namun beliau bertegas dirinya lebih ‘praktikal’ bagi penduduk Batu.

Bagaimanapun kenyataan tersebut Prabakaran menerusi laman Facebook.

Menariknya, jawapan tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat dan juga dalam nada sindirian Prabakaran berkata, banyak permasalahan penduduk Batu masih tidak selesai.

Berikut adalah jawapan yang di muat naik Prabakaran dalam laman Facebook:

“Saya lebih praktikal sebagai ahli Parlimen Batu adalah pandangan peribadi beliau. Praktikal yang dimaksudkan beliau mungkin berbeza dengan ‘praktikal’ dari sudut saya.

“Bagi saya,amat praktikal untuk anak muda seperti saya memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi. Sangat praktikal untuk saya mendekati pengundi dan pengundi mendekati saya, dengan masalah mereka yang tidak selesai sejak beberapa tahun.

“Sangat praktikal untuk saya memahami isu isu di Batu dan membawa perubahan sebagai seorang anak tempatan disini. Walaubagaimanapun, sangat praktikal sekiranya saya diberi ruang untuk bertugas demi rakyat daripada menjawab soalan politik sebegini,” katanya.

Selepas didesak letak jawatan, kereta Prabakaran di baling telur pula

Prabakaran juga menyatakan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik sebagai Ahli Parlimen Batu bukan sahaja melalui sokongan penduduk setempat sebaliknya pimpinan parti.

“Saya tidak mempunyai banyak masa untuk risau tentang perkara yang secara langsung tidak memberi faedah kepada warga kawasan Batu.

“Terima Kasih rakyat Batu yang bersama saya membawa perubahan terbaik di kawasan ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Biarkan Prabakaran berkhidmat di Parlimen Batu, jangan kecoh – MIC

Tian Chua mahu Prabakaran banyak bersabar hadapi dugaan

1 Komen

  1. semua dlm pkr ni main nak paksa, kalau tak berjaya, tunggu lah tindakan bodoh dari penyokong yg jodoh.,termasuk video jijik, ni ke parti dan di dlm nya ada manusia² yg nak perintah negara…

Comments are closed.