KUALA LUMPUR – Sidang media Parti Warisan Sabah (Warisan) di lobi Parlimen kecoh apabila seorang wartawan yang mengajukan soalan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi yang didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar.
Soalan daripada wartawan itu adalah “Sebelum soalan lanjut, kami cuma nak minta penjelasan daripada Menteri Pelancongan kenapa tadi dipanggil media rubbish, idiot ketika menjalankan tugas?”