Home Utama Hannah Yeoh main politik murahan – Azizi Safar

Hannah Yeoh main politik murahan – Azizi Safar

azizi safar
Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh bahawa pembangkang telah mengkhianati pengundi dengan bermain politik kotor langsung tidak boleh diterima.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 yang dibentangkan oleh Hannah itu hanya mendapat sokongan 32 Ahli Parlimen Kerajaan sahaja.

Pemerhati politik, Azizi Safar berkata, Ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul itu mungkin kerana mereka berpandangan belanjawan kementerian yang dibentangkan kementerian itu tidak cukup baik untuk dilaksana.

“Hannah Yeoh kata, ‘jangan main politik. Kalau nak main politik pun jangan kacau bajet orang sudah.

“Belanjawan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat adalah termasuk pelbagai belanja lain, bukan sahaja peruntukan untuk orang miskin dan OKU serta lain-lain penerima bantuan Kerajaan saja.

“Semasa mengundi, Ahli Parlimen tidak boleh mengundi mengikut perincian butiran dalam Belanjawan, mereka mengundi secara lump-sum sahaja.

“Jumlah bantuan yang dicadangkan kerajaan Pakatan Harapan kepada orang miskin, OKU dan penerima lain tidak memadai, terlalu kecil dan perlu ditambah nilainya.

“Kalau aku Ahli Parlimen pembangkang yang tak sokong usul itu, aku akan kata; ‘Aku tak sokong sebab jumlah bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada OKU sepatutnya lebih besar dari apa yang dicadangkan dalam Belanjawan itu,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas dakwaan Hannah bahawa pembangkang sanggup mempolitikkan peruntukan kepada kementeriannya dengan meminta undi belah bahagi bagi mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 baru-baru ini.

Pada malam Selasa lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon Speaker, Tan Sri Mohamad Arif Md Yusof membuat undi belah bahagi bagi mengundi RUU Perbekalan 2020.

Hannah YeohKetika itu, Hannah baru selesai menggulung RUU berkenaan di peringkat jawatankuasa.

Permohonan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera (BN) itu kemudian dipersetujui Mohamad Arif dan wakil pembangkang meminta Bentara Dewan mengira bilangan wakil kerajaan.

Azizi juga kembali memulangkan paku buah keras bertanya jelada kepada Hannah siapakah sebenarya yang bermain politik murahan, dirinya atau pembangkang.

“Siapa sebenarnya yang main politik? Jawapannya adalah Hannah Yeoh!

“Hanya 32 orang Ahli Parlimen Kerajaan yang menyokong belanjawan itu di peringkat jawatankuasa sedangkan ada 139 Ahli Parlimen kerajaan termasuk Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

“Di manakah mereka (107 Ahli Parlimen Kerajaan) semua semasa pengundian usul itu dibuat?

“Sebenarnya mereka inilah yang perlu dipertanggungjawabkan sekiranya usul kerajaan tewas. Usul Kerajaan pada malam itu hampir tewas kerana Ahli Parlimen kerajaan tidak berada dalam Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan hendak dijalankan,” ujarnya.

Selar Azizi lagi, ketika media mengasak Hannah ketika bergelar  pembangkang suatu ketika dahulu, adakah beliau pernah menolak Belanjawan kerajaan terdahulu.

Namun Ahli Parlimen Segambut (DAP) itu mengaku tidak berapa ingat.

Cheap Politics by Cheap Tricks Hannah Yeoh! (Murah sangat politik kamu, murah sangat taktik kamu Hannah,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Bantah RUU bukti pembangkang khianati pengundi – Hannah

1 Komen

  1. Ucap tahniah kpd MP Pembangkang.

    Mereka telah membuktikan kepada PM bahawa Menteri, Tim Menteri dan MP2 Kerajaan yang tidak hadir ke parlimen – bukan saja tidak memahami tanggungjawab mereka kepada rakyat malah TIDAK TERKESAN TERHADAP ARAHAN2 YAB PM – mereka dah terlalu penat utk hadir ke parlimen agaknya…

    Hana Teoh nak jadi jaguh cuba nak spin dan buat huraian yang panjang lebar dan berbelit2 ….. tapi terpusing ke batang hidung sendiri….

    Aku nak tanya …..di manakah dia semasa pembangkang (yang kini parti pemerintah) membuat kerja yang sama kpd pemerintahan BN dahulu? – ada yang relek2 kat cafe, ada yg menyorok dalam kereta malah ada yang bersembunyi dalam tandas. Tiba2 masuk dewan ramai2 – ambush utk minta “belah bagi”……bukan sekali dua, tapi banyak kali.

    Ada satu ketika, BN berjaya mempertahankan “perbahasan bajet” dengan hanya 2/3 undi saja (klu tak silap).

    Mengapa tak tanya kawan2 kamu yg berkenaan – adakah mereka menolak bajet pada masa itu bertujuan utk menyekat perkhidmatan2 yg bertujuan membantu rakyat?

    Kamu tak ingat itu….mungkin belum lahir agaknya.

Comments are closed.