Home Ekonomi Ramai penumpang degil bawa hand carry lebih 7kg

Ramai penumpang degil bawa hand carry lebih 7kg

Pramugari yang patah tangan selepas dihempap bagasi penumpang.

KUALA LUMPUR- Kurang pemantauan terhadap had berat bagasi yang boleh dibawa menaiki pesawat mungkin menjadi punca kecederaan tangan seorang kru kabin baru-baru ini.

Dengan itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) meminta semua syarikat penerbangan supaya mengetatkan pemantauan di samping sentiasa mengingatkan penumpang masing-masing mengenai had bagasi yang dibawa tangan tidak boleh melebihi tujuh kilogram.

Bagasi yang melebihi had tersebut perlu didaftar masuk.

Tambahnya, kebanyakan penumpang engkar mengenai arahan tersebut dan sering membawa bagasi tangan melebihi had yang dibenarkan.

“Masalah ini juga berpunca dari penumpang penumpang yang masih degil dan sentiasa membawa bagasi yang sungguh berat ke dalam kapal.

“Muatan berat bagasi itu sungguh terlampau sehingga menyebabkan kru kabin itu mengalami patah tulang tangan,” katanya dalam satu  kenyataan di sini.

Tambah NUFAM, para penumpang juga dilarang membawa barang barang berat seperti jongkong emas atau barang barang besar ketika menaiki pesawat.

“Kesatuan mengsyorkan pekerja kru kabin berhati hati agar mereka tidak mencederakan diri mereka apabila mengangkat bag atau barang berat penumpang.

“Mana mana pihak pekerja yang mengalami mengalami kecederaan ketika bekerja boleh membuat laporan terus kepada jabatan sumber manusia syarikat mereka untuk tuntutan dari bahagian Perkeso,” katanya lagi.

NUFAM juga meminta semua pihak mengambil serius mengenai isu bagasi berat di mana ramai kru kabin telah mengalami cedera ketika mengangkat bag penumpang seperti kecederaan tulang belakang. -MalaysiaGazette