Home Politik Bukan Anwar yang pecat, ia syor lembaga disiplin – Fahmi

Bukan Anwar yang pecat, ia syor lembaga disiplin – Fahmi

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Soal menyuruh Presiden PKR meminta maaf atas pemecatan Zakaria Abdul Hamid tidak timbul.

Ini kerana Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pemecatan ahli Majlis Pimpinan Pusat itu adalah syor lembaga disiplin parti.

Justeru beliau mempertahankan keputusan memecat Zakaria semasa walaupunn ditolak oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 19 pemimpin tertingginya.

“Ia bukan keputusan presiden (Anwar Ibrahim). Justeru isu minta maaf oleh presiden tidak timbul,” katanya dipetik dari laporan FMT hari ini.

Terdahulu hari ini, Azmin dan 19 ahli MPP, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menolak keputusan memecat Zakaria dengan menyifatkannya sebagai cacat dan tidak sah kerana tidak melalui proses sepatutnya.

Mereka juga meminta Anwar memohon maaf atas “keterlanjuran” keputusan berkenaan yang tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli jawatankuasa pusat parti.

Pada Ahad, PKR memaklumkan pemecatan Zakaria dan seorang ahli di Pahang, Ismail Dulhadi, berdasarkan nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan siasatan ke atas dakwaan rasuah melibatkan mereka berdua.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pecat Zakaria: MPT PKR tuntut presiden mohon maaf