KUALA LUMPUR – Perkataan ‘koperasi’ akan dimasukkan ke dalam Kementerian Pembangunan Usahawan dan ia dijangka bermula tahun depan.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd Hatta Ramli, banyak permintaan disuarakan majoriti dalam kalangan ahli koperasi telah mendapat persetujuan daripada menterinya, Datuk Seri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Kini, katanya, cadangan yang telah dipersetujui itu perlu melalui proses kelulusan peringkat kabinet dalam masa yang terdekat sebelum diwartakan.
“Permintaan (meletakkan perkataan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan) sangat kuat khususnya dalam kalangan ahli koperasi. Menteri pun bersetuju.
“Saya pun tidak melihat kenapa tidak untuk kita meletakkan nama koperasi itu di dalam kementerian ini. Pada akhirnya, koperasi satu entiti yang perlu disebut secara khusus,” katanya ketika sidang media bersempena majlis Simposium Cabaran Gerakan Era Globalisasi hari ini.
Sebelum ini, perkataan koperasi berada di bawah bidang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Selepas bertukar kerajaan, KPDNKK ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.- MalaysiaGazette