KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong sekali lagi menegaskan pembelajaran Jawi tidak seharusnya dimasukkan ke dalam buku teks Bahasa Malaysia secara paksa.
“Kerajaan PH menerapkan pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) secara paksa…Sehingga hari ini, Pemuda MCA, komuniti pendidikan Cina dan rakyat meluahkan rasa tidak puas hati.
“Pemuda MCA bukan menentang pembelajaran Jawi tetapi ia tidak seharusnya dimasukkan dalam buku teks Bahasa Malaysia secara paksa.
“Sebaliknya ia harus dianggap (diterapkan) sebagai kajian dan penghayatan seni,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-55 di Kuala Lumpur hari ini.
Pada Ogos lalu, setelah penentangan sejumlah pihak, Kementerian Pendidikan memutuskan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina akan diteruskan tetapi hanya jika ia dipersetujui Persatuan Ibu bapa dan Guru, ibu bapa dan murid.
Dalam pada itu, Nicole juga berkata lembaga sekolah perlu dibenarkan untuk membuat keputusan berkenaan pembelajaran Jawi yang diarahkan bermula tahun depan.
“Kita tak boleh benarkan ia berlaku kepada sekolah rendah Cina. Pemuda MCA akan mempertahankan pendidikan Cina dan kami tak akan berundur,” katanya.- MalaysiaGazette
Satu lagi pandangan paling bingai, Jawi bukan memaksa untuk menukar agama, Jawi memberi kita pilihan untuk membaca…kalau sudah bodoh sombong ini lah yg dapat..
Dalam pura-pura baik masa kempen tg Piai… Ko masih menentang tulisan jawi ye… Puiiii ko Nicole… Harap-harap lepas PRU15 nanti kita hapuskan sekolah vernacular…