MANILA – Atlet wushu negara, Loh Choon How melakar sejarah tersendiri selepas menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA ke-30.
Choon How menyumbang pingat emas itu dalam acara taijiquan lelaki dalam aksi yang berlangsung di World Trade Center di sini sebentar tadi.
Atlet berusia 26 tahun itu mengutip mata keseluruhan 9.68 untuk mengesah pingat itu.
Pingat perak dimenangi atlet Brunei Heng Yu Hosea Wong yang mengumpul 9.59 mata.
Manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Parantac Daniel yang mengutip 9.56 mata. – Bernama