KUALA LUMPUR – Sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) hari ini menganjurkan satu perhimpunan di Kajang bagi mengingati Perjanjian Damai Hat Yai.
Perhimpuan tersebut diadakan sehari sebelum ulangtahun ke-30 perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989, lapor portal Malaysiakini.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 300 orang itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar.
Selain Ronnie, beberapa bekas anggota PKM turut berucap pada perjumpaan itu.
Salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu menyifatkan perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah parti komunis itu dan membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka. – MalaysiaGazette