PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kerisauannya ekoran perkembangan terbaharu melibatkan isu komunis sejak akhir-akhir ini.
Apa yang berlaku dibimbangi akan menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat.
Menteri Dalam Negeri itu merujuk kepada satu perhimpunan ratusan bekas ahli komunis di Kajang sebagai memperingati Perjanjian Hatyai yang pernah dicapai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Malaysia di Bangkok beberapa dekad lalu.
Justeru, kata Muhyiddin, pihaknya melalui Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menyediakan siasatan dan laporan lengkap untuk tindakan sejawarnya.
Beliau juga mengingatkan semua pihak agar menghormati kepelbagaian kaum, keturunan dan agama di negara ini yang hidup aman damai sejak negara mengecapi kemerdekaan dan perkara berkaitan isu komunis tidak sepatutnya lagi timbul.
Katanya, perkara itu tidak boleh diambil enteng dan mencetuskan persoalan kenapa ia boleh berlaku.
“Saya sebagai rakyat Malaysia juga risau dan kadangkala lebih risau kenapa mutakhir ini ada trend sebegini yang timbul. Apakah negara sudah matang daripada segi demokrasi hendak buat apa suka, siapa nak menunjukkan perasaan tertentu boleh buat sebegitu atau pun ada kesan-kesan lain.
“Apa yang penting bagi saya sebagai menteri bertanggungjawab hendak menentukan negara kekal aman dan sejahtera tanpa pergolakan dan perkara yang boleh menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat, itu penting untuk pertimbangkan.
“Dalam mengatakan kita bebas boleh buat apa sahaja, kita nak kaji sekiranya apa yang dilakukan membawa kesan yang tak baik kepada negara dan di situlah kementerian memandang berat perkara sebegitu,” kata beliau pada sidang media selepas perasmian Hari Imigresen 2019 di sini hari ini.
Tambah Muhyiddin, adalah penting bagi pihak berkuasa menyiasat segera tanpa melengahkan masa selepas menerima laporan polis berkenaan perkara yang sama.
Ditanya adakah bekas ahli komunis pernah melakukan perhimpunan sedemikian sebelum ini, beliau berkata, ini kali pertama ia dilakukan sepanjang pengetahuannya.
“Faktanya orang awam tak sedar mengenainya (perhimpunan bekas komunis) sehingga sekarang, jadi yang kita perlu fikirkan ialah sama ada dalam situasi yang sudah aman merdeka eloklah kita bangkitkan fahaman semangat sebegitu yang mana kesannya mungkin tidak berapa baik.
“Saya dah baca respon Facebook, netizen yang mempersoalkan tindakan berkenaan dan ada juga yang mahu ia dibiarkan begitu. Maka kita sebagai penguat kuasa mahu melihat adakah dia melakukan kesalahan dan wajarkah ia dibuat..kita akan siasat semua aspek selain siasat tujuannya apakah sekadar merayakan perjanjian Hatyai atau usaha untuk menghidupkan kembali semangat komunisme yang lampau,” ujarnya.
Ditanya mengenai kehadiran Ahli Dewan Undangan Sungai Pelek Ronnie Liu ke perhimpunan yang sama, Muhyiddin akan meneliti pengakuan wakil rakyat DAP itu yang mengaku mendiang bapanya memperjuangkan komunis melalui siasatan Cawangan Khas PDRM.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Midin tak boleh risau jer, tapi kena bertindak tegas. Setakat risau jer tak apa yg boleh diubah. Cuma, soalnya beranikah Midin bertindak tegas jika ini boleh mengguris hati tokpekong pujaan hatinya? Sedangkan PM7 sendiri ketaq lutut nak langgar arahan tokpekong dua beranak, apalah si Midin nih, kan?
Tidak pula di kenakan SOSMA? Penganas Komunis ini lagi merbahaya dari LTTE.
Pak Tam, Pak Tam, apakah itu wayang cerita Nobita Doraemon? Saja tanya… Hidopkan kembali Pasukan F, PDRM!