Home Politik Semua benda sensitif diberi tempat zaman PH

Semua benda sensitif diberi tempat zaman PH

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Semua benda yang menjadi isu sensitif hendak diberi tempat pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH), dakwa Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, isu abu Bapa Pengganas Malaya, mendiang Chin Peng hanyalah permulaan kepada gerakan untuk kembali mengubah naratif sejarah tanah air.

“Nampaknya di zaman kerajaan PH ni, Malaysia Baharu semuanya nak diberikan tempat. LGBT, pengganas LTTE, Pengganas Komunis. Agaknya apa lagi lepas ni?” soalnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Asyraf Wajdi juga mengecam tindakan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) menganjurkan acara di Kajang untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani pada 2 Dis 1989.

“Rupa-rupanya isu abu Chin Peng hanyalah permulaan kepada gerakan untuk kembali merubah naratif sejarah tanah air dengan cubaan mengiktiraf dan memuliakan gerakan pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

“Perhimpunan yang melibatkan kira-kira 300 bekas pengganas komunis yang turut dihadiri pimpinan PKR dan DAP makin menyerlahkan warna sebenar kerajaan PH hari ini yang sedikit demi sedikit cuba merobek asas-asas negara-bangsa yang dibina selama ini.

“Pimpinan tertinggi DAP Ronnie Liew dengan bangga juga membuat pengisytiharan bahawa datuk dan abangnya juga adalah pejuang komunis ” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Memang utk penggal ni mrk akn buat apa yg mrk nak.. Kerana utk penggal yg akn dtg mrk tiada peluang lg,dan penyatuan ummah harus ingat jgn sesekali melakukan sebarang kesilapan lg,rakyat adalah majikan yg memberikan kerja utk yb2, rakyak bkn bodoh dan tau menilai.. ingat tu..

  2. perjuang? rakyat bukan bodoh…yg bodoh dan banggang nya yg anggap nya sebagai perjuang.. kominis yg huru hara membunuh dan menyeksa rakyat dan pihak berkuasa ni perjuang ke. sah bodoh tahap kritikal..

Comments are closed.