Home Politik Tindakan disiplin jika teruskan kongres ‘kedua’ – Fahmy

Tindakan disiplin jika teruskan kongres ‘kedua’ – Fahmy

Inilah poster Kongres Nasional kedua yang didakwa dirancang di sebuah hotel mewah di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini dan tular di media sosial dan WhatsApp.

KUALA LUMPUR – Tindakan disiplin antara langkah yang boleh diambil parti PKR sekiranya masih ada pihak atau ahlinyai ingin meneruskan kongres ‘kedua’ pada hujung minggu ini.

Itu peringatan terakhir Pengarah Komunikasi PKR, Fahmy Fadzil kepada mana-mana ahli parti yang berhasrat ‘menidakkan’ Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di Melaka tidak lama lagi.

“Kita hanya ada satu kongres Nasional PKR iaitu mengikut perlembagaan parti dan tidak ada selain itu. Kita perlu berwaspada dan jangan sehingga etika dan disiplin parti dilanggar.

“Banyak boleh diusahakan termasuk tindakan disiplin (jika kongres kedua diteruskan) dan bagi saya mungkin peringatan terakhir saya harap semua anggoat sedar tentang aspek etika dan kena tunjukkan disiplin mantap seperti yang diharapkan rakyat sebagai parti terbesar dalam blok kerajaan,” katanya ketik ditemui di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian mengenai tindakan yang akan menyusul sekiranya puak yang dipercayai kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meneruskan himpunan mereka yang dirancang di sebuah hotel mewah di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini seperti tular di media sosial dan WhatsApp.

Terdahulu, Fahmi juga menegaskan, persiapan akhir menjelang Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh berjalan lancar dan jadual program yang muktamad akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

Seperti yang dijadualkan Kongres Wanita akan dirasmikan oleh Mohamed AzminTimbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin pada 9 malam Khamis ini manakala TPM Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan Kongres Angkatan Muda pada Jumaat ini.

“Kongres Nasional pula akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad dan ucapan dasar Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Ahad 9.30 pagi.

“Lebih 2, 615 perwakilan dijangka hadir termasuk 50 orang perwakilan AMK dan Wanita dari setiap sayap akan menjadi perwakilan,” tegasnya.- MalaysiaGazette