KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas di Mydin Alor Mengkudi, Alor Setar, Kedah dirompak seorang lelaki bersenjata semalam.
Suspek yang memakai topi keledar putih datang seorang diri dengan membawa beg pakaian seperti pelanggan ke dalam kedai emas.
Ketika itu seorang jurujual wanita berbaju kurung dan bertudung di hadapan.
Suspek berkulit gelap dan berbaju kemeja putih berlengan panjang meletakkan beg sebelum mengeluarkan senjata api secara tiba-tiba.
Terkejut dengan tindakan suspek wanita dipercayai kakitangan kedai emas itu lari masuk kedalam bilik.
Suspek kemudian mengeluarkan kapak dari beg sebelum mula memecahkan rak cermin pameran yang mengandungi barang-barang kemas.
Video berdurasi 2.20 minit itu viral dalam Twitter sebelum lebih 7,200 menonton video kejadian itu.
Sejurus suspek memecahkan rak menggunakan kapak, sistem penggera di kedai emas itu berbunyi.
Tanpa mengendahkan bunyi itu, suspek terus bertindak agresif memecahkan rak tersebut dan menyapu bersih barang kemas yang disimpan dan memasukkannya dalam beg.
Video itu dikongsi pemilik akaun 999 Malaysia kira kira tiga jam lalu dalam Twitter.
Difahamkan, lima dulang barang kemas dilarikan suspek dalam kejadian 7.30 malam itu dan tiada pelanggan di kedai semasa kejadian berlaku.
suspek kemudian dikatakan melarikan diri dengan meninggalkan kapak di lantas kedai emas itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan telah menerima laporan kejadian dan menjalankan siasatan.-MalaysiaGazette
https://twitter.com/i/status/1201704209948659714