Home Ekonomi FMM mahukan penjelasan tentang liberalisasi pasaran gas

FMM mahukan penjelasan tentang liberalisasi pasaran gas

Persekutuan Pekilang -Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mengenakan levi RM10,000 bagi tempoh tiga tahun, dan bukannya meminta majikan membayar jumlah itu setiap tahun untuk melanjutkan khidmat pekerja asing mahir mereka.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) meminta pihak berkuasa atau yang berkaitan memberi penjelasan tentang rancangan kerajaan untuk meliberalisasikan pasaran gas.

Dengan pasaran gas dijangka diliberalisasikan sepenuhnya pada tahun 2020, pengguna gas industri mahu meneroka harga gas yang kompetitif dengan kemasukan lebih ramai pembekal melalui mekanisme akses pihak ketiga.

Bagaimanapun, pengaturan akses pengagihan yang merangkumi saling hubungan kepada pengguna akhir masih belum dimuktamadkan, sedangkan sekarang sudah menjelang akhir tahun.

Lantaran itu, Presiden FMM, Tan Sri D bimbang penangguhan berpanjangan bagi memuktamadkan pengaturan akses pengagihan boleh menghalang langkah liberalisasi pasaran gas yang dirancang.

Menurut beliau, tempoh pelaksanaan liberalisasi pasaran adalah penting, malah amat sesuai ketika harga gas yang agak rendah, berdasarkan aliran semasa.

“Pengilang, katanya, telah menyatakan “kebimbangan serius” bahawa kelewatan yang berpanjangan dalam memuktamadkan perkiraan akses pengedaran dan perjanjian pembekalan gas (GSA) oleh pembekal sedia ada telah membuat sukar bagi pelanggan gas untuk bersetuju dengan terma GSA baru, atau untuk meneroka rundingan bekalan dengan pembekal gas lain.

“Antara keluhan yang diketengahkan ialah pelanggan tidak diberi pilihan untuk menandatangani kontrak satu tahun, selain pembekalan ditamatkan sekiranya pelanggan juga memperolehi daripada pembekal lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Soh, perjanjian bekalan juga dianggap samar berikutan kekurangan penjelasan mengenai surcaj tambahan dengan pelanggan tertakluk kepadanya malah tiada perincian mengenai pengiraan surcaj tersebut.

Secara khususnya, kata beliau, pelanggan terdedah kepada ganti rugi jumlah tertentu dan ditetapkan yang membebankan kerana ini merupakan perjanjian sebelah pihak,” katanya.

Tambahnya, peralihan daripada monopoli kepada pasaran terbuka mesti dilaksanakan secara beretika dan telus untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat demi memastikan amalan pasaran saksama dan kompetitif bagi manfaat pengguna akhir.

“Sebarang tindakan atau terma bekalan yang boleh mengurangkan atau menghalang persaingan dalam pasaran bekalan gas perlu ditangani terlebih dahulu demi memastikan perlindungan kepentingan pengguna dalam proses liberalisasi ini yang akhirnya bakal mewujudkan pasaran yang saksama dan cekap,” katanya. – MalaysiaGazette