KUALA LUMPUR – Nga Kor Ming hari ini membacakan sebuah pantun sebagai hadiah penghargaan kepada n Datuk Roosme Hamzah yang akan bersara pada bulan Februari 2020.
Sebelum sesi waktu pertanyaan selama 30 minit yang bermula 10.05 pagi tadi, Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir Setiausaha Dewan Rakyat itu akan menjalankan tugas sebagai penjawat awam.
“Hari ini merupakan hari terakhir Datuk Roosme menjalankan urusan Dewan Rakyat setelah 40 tahun menjadi penjawat awam dan 19 tahun berkhidmat di Dewan yang mulia ini.
“Beliau akan bersara pada 19 Februari 2020 depan, maka saya mendendangkan pantun khas sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan beliau selama ini kepada negara.
“Di atas bukit tanamnya ubi, burung tempua buatnya sarang, bukan budi sebarang budi,budi baik akan sentiasa dikenang,” katanya sebelum sidang Dewan Rakyat diteruskan pagi ini.
Roosme kelihatan tersenyum mendengar pantun tersebut. – MalaysiaGazette