MANILA – Sekurang-kurangnya 11 orang telah ditemui dalam bilik gelap kecil tersembunyi di sebalik rak buku di balai polis Filipina.
Mereka dikesan dalam serbuan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (CHR), berikutan maklumat orang ramai.
Tahanan tanpa izin menyatakan mereka telah berada di sana selama seminggu dan mendakwa polis Manila telah mengurung untuk memeras wang.
Tetapi polis pula mendakwa mereka ditahan kerana kesalahan dadah.
Pentadbiran Rodrigo Duterte telah melancarkan memerangi dadah di seluruh negara mengakibatkan kematian lebih daripada 7,000 orang yang dipercayai pengedar dadah.
Kira-kira 10,000 orang ditahan sejak operasi itu dilancarkan tahun lalu.
Supritenden Robert Domingo berkata, pendatang asing itu ditahan kerana tidak ada dokumen dan masih disiasat.
Tetapi media tempatan yang turut sama dalam operasi itu melaporkan tahanan berkenaan ditempat bilik tanpa tingkap dan mendakwa berkelakuan baik.
Tahanan juga mendakwa diminta membayar antara AS$800 hingga AS$3,990 untuk dibebaskan.
Mereka mendakwa didera di dalam bilik tanpa bekalan elektrik dan dipaksa membuang air di dalam beg plastik.
Bagaimanapun Domingo menafikan dakwaan tersebut.
“Bilik 1 meter x 3 meter adalah ruang yang dipersia-siakan. Mengapa saya perlu menyediakan ruang besar,” katanya kepada media The Inquirer.
Jurucakap CHR, Jackie De Guia berkata, pihaknya akan terus menyiasat apa yang berlaku di balai polis itu.
“Kemudahan tahanan itu tidak normal dengan meletakkan tahanan di belakang rak buku,” katanya. – MalaysiaGazette