Home Politik Akmal akui tidak tahu siapa ‘pemerhati’ berbaju hitam

Akmal akui tidak tahu siapa ‘pemerhati’ berbaju hitam

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) bercakap kepada media pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengakui tidak mengetahui mengenai kehadiran ‘pemerhati’ berbaju T hitam dalam kongres sayap PKR itu hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih dalam proses mendapatkan kepastian mengenai kebanjiran ‘pemerhati’ yang memenuhi ruang dalam dewan persidangan Kongres AMK.

“Sepatutnya hanya perwakilan dan pemerhati yang sah boleh masuk ke dalam dewan, saya tak tahu (siapa mereka) kerana saya duduk di depan sejak pagi.

“Memang tradisi PKR ada pakaian pelbagai. Ada pakai baju Melayu, ada pakai uniform ada juga datang dari cabang tertentu mereka ada uniform sendiri.

“Dalam isu ini kalau ada laporan atau aduan elok pihak seketariat kalau libatkan soal disiplin lembaga disiplin untuk tangani masalah ini,” kata Akmal dalam sidang media selepas Kongres AMK berhenti rehat, tengahari tadi.

Sejurus sesi persidangan kongres AMK di sesi pagi tadi, kekecohan berlaku di perkarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) melibatkan ‘pemerhati’ dan juga ahli PKR yang memakai baju kemeja rasmi parti.

Justeru itu, Akmal menyerahkan insiden berkenaan untuk disiasat pihak berkuasa.

“Kekecohan atau sedikit salah faham yang ini bagi saya kalau ada tindakan libatkan fizikal kita serahkan kepada pihak polis untuk disiasat,” kata ahli Parlimen Johor Baru itu lagi. -MalaysiaGazette