Home Dunia Gas meletup, 5 penghuni apartmen maut

Gas meletup, 5 penghuni apartmen maut

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di sebuah apartmen akibat berlaku kebocoran gas. foto Agensi

BRATISLAVA – Letupan gas di blok apartmen di bandar Presov di timur Presov mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan 39.

Kebakaran merebak pada lima tingkat teratas di bangunan 12 tingkat.

Para penyelamat terpaksa menyelamatkan 34 orang dari bangunan dan anggota bomba memadamkan api yang merebak di tiga tingkat teratas.

Setakat ini belum diketahui berapa orang mangsa yang berada di dalam kediaman-kediaman yang terlibat.

“Kami mengesahkan sebanyak lima orang mangsa maut setakat ini tetapi angka kematian mungkin meningkat berdasarkan maklumat awal,” kata Perdana Menteri, Peter Pellegrini yang berada di tempat kejadian.

Menteri Kesihatan, Andrea Kalavska memberitahu, setakat ini 39 yang cedera sudah diberikan rawatan.

Beberapa saksi berkata, mereka terbau gas di sekitar dan dalam bangunan tersebut sebelum letupan berlaku.

“Terdapat beberapa kerja penggalian di sini. Saya telah maklumkan tentang bau itu kepada pekerja-pekerja terbabit dan mereka kata dapat mengawalnya,” kata seorang penduduk, Silvia Hrebenarova kepada media tempatan. – MalaysiaGazette