Home Sukan Milan terikat seri dengan Roma

Milan terikat seri dengan Roma

Aksi pemain pada perlawanan antara Milan dengan Roma di San Siro, awal pagi tadi

MILAN – Inter Milan terikat tanpa jaringan dengan Roma di San Siro awal pagi tadi, membuka ruang buat juara bertahan Itali Juventus merampas tangga teratas Serie A pada hujung minggu ini.

Skuad kendalian Antonio Conte memiliki kelebihan dua mata mengatasi Juventus akan menentang Lazio di Stadio Olimpico awal pagi esok.

Perlawanan di San Siro itu dibayangi isu perkauman selepas akhbar sukan Itali Corriere dello Sport memaparkan tajuk kontroversi ‘Black Friday’ di muka depannya.

Tajuk muka depan itu diikuti artikel mengenai pertembungan Serie A pertama antara bekas rakan sepasukan Manchester United, Romelu Lukaku dan Chris Smalling.

Di atas padang, pertahanan Smalling dan Gianluca Mancini berjaya menyekat jaringan penyerang prolifik Inter Lukaku dan Lautaro Martinez, yang mengumpul 18 jaringan dalam 15 perlawanan musim ini.

Serangan skuad Conte nyata tidak berkesan berdepan pertahanan kental Roma, gagal menemui gawang buat pertama kali musim ini sehari sebelum saingan Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

Berikut keputusan Serie A Itali awal pagi tadi:-

Inter Milan 0 – 0 Roma

Jadual perlawanan awal pagi esok

Atalanta lawan Verona, Udinese lawan Napoli, Lazio lawan Juventus. – MalaysiaGazette