TERKINI : Saya Tidak Iktiraf Mana-Mana Kem – Anwar Ibrahim

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menerima perbezaan pendapat, bagaimanapun tidak mengiktiraf kewujudan mana-mana kem dalam parti itu.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada masalah untuk kepimpinan utama parti itu berbeza pendapat namun harus dilihat bersatu di mata akar umbi.